Pages

TEMUDUGA2 ?!! BERKALI2 DIPANGGIL!!! DIMANA SILAPNYA?? MAHU SELESAI MASALAH?? INI DIA JAWAPANNYA!!!

Teknik Menjawab Soalan Temuduga

Friday 13 May 2011

JAWATAN KOSONG DI KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI MEI 2011

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI



Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
a)            Jawatan : Pembantu Am Pejabat (Gred N1)
b)            Agensi : Kementerian Perusahaan Perladangan  dan Komoditi
c)            Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
d)            Klasifikasi Perkhidmatan  : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
e)            Jumlah Kekosongan : 2 Kekosongan

Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan;dan
  • Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab dalam mengedar surat-surat kepada pengawai-pengawai, membuat tugas fotostat, menyusun, menjilid dokumen-dokumen yang di fotostat, mengangkat barang-barang / alat-alat bekalan daripada stor dan sebagainya serta mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat / bilik gerakan sebelum dan selepas mesyuarat.

Penaklukan Bidang Tugas
Pengawai-pengawai yang memasuki skim perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa

Cara memohon
(a)       Permohonan hendaklah dibuat dalam borang yang boleh didapati di laman web Kementerian (www.kppk.gov.my) atau  di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aras 6, No.15, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 Putrajaya.

(b)        Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

(c)       Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan-kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.

(d)       Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Di sudut kiri sampul surat hendaklah ditulis nama JAWATAN YANG DIPOHON
Alamat Pemohonan dan Tarikh Tutup
Permohonan hendaklah sampai kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
No. 15, Aras 6-13
Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62654 Putrajaya
(u.p. : SUB Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

(e)       Tarikh Tutup             : 16 MEI 2011

Permohonan Yang Ditolak
Permohonan yang berikut akan ditolak:
  • Tidak menggunakan borang yang ditetapkan;
  • Tidak disertakan salinan dokumen yang telah ditetapkan;
  • Tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
  • Tidak ditulis nombor kad pengenalan;
  • Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat; dan
  • Tidak menandatangani borang permohonan.

Catatan Am
Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

Muat Turun :

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BKALI2 DPANGGIL!!!DMANA SILAPNYA??MAHU SELESAI MSLH??INI JAWAPANNYA!!KLIK DSINI UTK DPTKANNYA!!

Teknik Menjawab Soalan Temuduga