Disini ingin berkongsi lapan tips bersama anda semua berkaitan dengan perkara yang perlu dielakkan semasa menghadiri temuduga. Antara kelemahan yang ditonjolkan oleh pemohon pekerjaan adalah seperti berikut:
- Tidak membawa sijil dan dokumen sokongan yang asal
- Tidak membawa sekurang-kurangnya satu salinan photostat sijil dan dokumen
- Tidak mengetahui protokol menghadiri temuduga seperti tidak memberi salam
Sekurang-kurangnya memberi salam atau pun mengetuk pintu,
itu adalah first impression pada diri anda.
- Sijil tidak disusun mengikut susunan tahun sijil itu diperolehi.
- Tidak memakai pakaian yang bersesuaian, contohnya hanya memakai t-shirt berkolar
- Tidak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri. Di mana pemohon tidak tahu apa yang ingin dipercakapkan bagi 5 minit pertama yang diberikan apabila Penemuduga mengarahkan pemohon untuk menerangkan secara ringkas latar belakang diri.
Berilah keterangan diri dengan ringkas dan padat.
- Tidak tahu faktor ‘X’ iaitu sesuatu kelebihan yang ada pada dirinya yang dapat membantu penemuduga memilihnya.
Keluarkan faktor X anda itu!!!
- Resume yang bercelaru dan yang dipenuhi dengan maklumat yang tidak penting.
Untuk makluman, walaupun sijil itu perlu disediakan dalam persembahan yang kemas dan menarik, ianya tidak menjaminkan anda mendapat pekerjaan itu. Sijil hanya syarat asas apabila menghadiri temuduga.
Pemohon perlu mempersiapkan diri dengan membawa dua salinan gambar passport yang terkini dengan memaparkan wajah yang kemas dan ceria. Berikan gambar tersebut apabila penemuduga mengkehendakinya.
0 comments:
Post a Comment