Pages

TEMUDUGA2 ?!! BERKALI2 DIPANGGIL!!! DIMANA SILAPNYA?? MAHU SELESAI MASALAH?? INI DIA JAWAPANNYA!!!

Teknik Menjawab Soalan Temuduga
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, 10 May 2011

Kenali Badan Berkanun di Malaysia

Pengenalan:

“badan berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang diperbadankan oleh undang-undang persekutuan bagi maksud Kerajaan Persekutuan, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan; .

(Rujukan daripada: UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 605 AKTA BADAN BADAN BERKANUN-TATATERTIB DAN SURCAJ, 2000, muka surat 6, no.4, 5 Mei 2011: 3.30 pm )

Negeri-Negeri Malaysia & Wilayah Persekutuan


Berikut adalah Badan-Badan Berkanun Malaysia Bagi Negeri dan Wilayah Persekutuan:

Johor

  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • Lembaga Pelabuhan Johor
  • Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
  • Majlis Agama Islam Negeri Johor
  • Perbadanan Islam Johor
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Johor
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Yayasan Pelajaran Johor
Kedah

  • Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
  • Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
  • Lembaga Kesihatan Kedah
  • Lembaga Maktab Mahmud
  • Lembaga Muzium Negeri Kedah
  • Lembaga Pembangunan Langkawi
  • Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah
  • Majlis Agama Islam Negeri Kedah
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
  • Universiti Utara Malaysia
Kelantan

  • Air Kelantan Sdn Bhd
  • Hospital Universiti Sains Malaysia
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
  • Lembaga Tembakau Negara
  • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
  • Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
  • Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
  • Perbadanan Stadium Kelantan
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Yayasan Islam Kelantan (YIK)
  • Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)
Kuala Lumpur

  • Akademi Sains Malaysia
  • Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
  • Balai Seni Lukis Negara
  • Bank Pertanian Malaysia Berhad (AgroBank)
  • Bank Simpanan Nasional
  • Dewan Bahasa & Pustaka
  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Lembaga Getah Malaysia
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
  • Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
  • Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  • Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
  • Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
  • Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Lembaga Tabung Haji
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Majlis Sukan Negara Malaysia
  • Perbadanan Aset Keretapi
  • Perbadanan Harta Intelek Malaysia
  • Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
  • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
  • Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
  • Perbadanan Stadium Merdeka
  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA)
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Pusat Perubatan Universiti Malaya
  • Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  • SME Corporation Malaysia
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Universiti Malaya
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Labuan

  • Perbadanan Labuan
Melaka

  • Majlis Agama Islam Melaka
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
  • Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
  • Syarikat Air Melaka
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
  • Yayasan Melaka
Negeri Sembilan

  • Lembaga Muzium Negeri Sembilan
  • Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan
  • Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



Pahang

  • Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP)
  • Lembaga Muzium Negeri Pahang
  • Lembaga Pelabuhan Kuantan
  • Lembaga Pembangunan Tioman
  • Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Negeri Pahang
  • Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
  • Perbadanan Stadium Darul Makmur
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Yayasan Pahang
Perak

  • Lembaga Air Perak
  • Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Perak
  • Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Perlis

  • Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis
  • Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
  • Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Pulau Pinang

  • Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
  • Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
  • Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
  • Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
  • Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang
  • Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang
  • Universiti Sains Malaysia
Putrajaya

  • Perbadanan Putrajaya
  • Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia
Sabah

  • Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)
  • Korporasi Pembangunan Desa
  • Lembaga Industri Getah Sabah
  • Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)
  • Lembaga Koko Malaysia
  • Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
  • Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
  • Majlis Ugama Islam Sabah
  • Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)
  • Perbadanan Pinjaman Sabah
  • Universiti Malaysia Sabah
  • Yayasan Sabah
Sarawak

  • Lembaga Pelabuhan Miri
  • Lembaga Air Kuching
  • Lembaga Air Sibu
  • Lembaga Lada Malaysia
  • Lembaga Pelabuhan Bintulu
  • Lembaga Pelabuhan Kuching
  • Lembaga Pelabuhan Rajang
  • Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah Sarawak (PELITA)
  • Lembaga Penyatuan & Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA)
  • Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC)
  • Perbadanan Pembangunan Perumahan & Bandar Sarawak
  • Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA)
  • Perbadanan Stadium Negeri Sarawak
  • Perbadanan Urusan Kejuruteraan & Limbungan Brooke
  • Suruhanjaya Perumahan & Pembangunan Sarawak (Perbadanan Pembangunan Perumahan)
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Yayasan Sarawak
Selangor

  • Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency-MQA)
  • Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
  • Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia
  • Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
  • Lembaga Muzium Negeri Selangor
  • Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA)
  • Lembaga Pelabuhan Klang
  • Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  • Majlis Peperiksaan Malaysia
  • Maktab Kerjasama Malaysia
  • Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
  • Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
  • Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara (UITM)
Terengganu

  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lembaga Muzium Negeri Terengganu
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
  • Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
  • Universiti Darul Iman Malaysia (UdiM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Yayasan Islam Terengganu
  • Yayasan Terengganu

readmore »»  

Wednesday, 4 May 2011

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

TEMUDUGA2 ?!! BERKALI2 DIPANGGIL!!! DIMANA SILAPNYA?? MAHU SELESAI MASALAH?? INI DIA JAWAPANNYA!!!

readmore »»  

Wednesday, 6 April 2011

Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Ditemuduga


     Disini ingin berkongsi lapan tips bersama anda semua berkaitan dengan perkara yang perlu dielakkan semasa menghadiri temuduga. Antara kelemahan yang ditonjolkan oleh pemohon pekerjaan adalah seperti berikut:
  1. Tidak membawa sijil dan dokumen sokongan yang asal

  2. Tidak membawa sekurang-kurangnya satu salinan photostat sijil dan dokumen

  3. Tidak mengetahui protokol menghadiri temuduga seperti tidak memberi salam

    Sekurang-kurangnya memberi salam atau pun mengetuk pintu,
    itu adalah first impression pada diri anda.

  4. Sijil tidak disusun mengikut susunan tahun sijil itu diperolehi.


  5. Tidak memakai pakaian yang bersesuaian, contohnya hanya memakai t-shirt berkolar

  6. Tidak tahu bagaimana untuk memperkenalkan diri. Di mana pemohon tidak tahu apa yang ingin dipercakapkan bagi 5 minit pertama yang diberikan apabila Penemuduga mengarahkan pemohon untuk menerangkan secara ringkas latar belakang diri.

    Berilah keterangan diri dengan ringkas dan padat.

  7. Tidak tahu faktor ‘X’ iaitu sesuatu kelebihan yang ada pada dirinya yang dapat membantu penemuduga memilihnya.

    Keluarkan faktor X anda itu!!!

  8. Resume yang bercelaru dan yang dipenuhi dengan maklumat yang tidak penting.
     Untuk makluman, walaupun sijil itu perlu disediakan dalam persembahan yang kemas dan menarik, ianya tidak menjaminkan anda mendapat pekerjaan itu. Sijil hanya syarat asas apabila menghadiri temuduga.

     Pemohon perlu mempersiapkan diri dengan membawa dua salinan gambar passport yang terkini dengan memaparkan wajah yang kemas dan ceria. Berikan gambar tersebut apabila penemuduga mengkehendakinya.
readmore »»  

Monday, 4 April 2011

Mahu Jadi Pekerja Cemerlang


Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda.
Disini ada beberapa tips yang boleh dikongsi bersama-sama bagi menjadi seorang pekerja cemerlang.
1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?
Bermuhasabah diri adalah amalan yang abik.

Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.
Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.

Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.
Jangan jadi seperti kucing hitam ini!!!!

3. Komited.
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.
4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.
Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.
Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!
5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.
Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.
Teruskan minat belajar seperti zaman kecil dahulu.

Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.
6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.
Tak rugi untuk menghormati orang lain =)

     Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.
     Takde gunanya Anda jadi ‘bising’ maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.
7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.

     Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.
     Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.
     Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !
Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.
Walaupun ada 7 tips di atas, saya lebih memandang pada konsep ‘memberi’, tak kira sama ada sudi memberi tunjuk ajar, ikhlas membantu, sudi bekerjasama, komited dengan tugasan, bijak berkomunikasi dan melakukan lebih dari apa yang sepatutnya.
Lebih banyak Anda memberi, lebih banyak juga Anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tips ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang dengan sendirinya pada Anda. Dijamin !
readmore »»  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BKALI2 DPANGGIL!!!DMANA SILAPNYA??MAHU SELESAI MSLH??INI JAWAPANNYA!!KLIK DSINI UTK DPTKANNYA!!

Teknik Menjawab Soalan Temuduga